Flickr
Showing posts with label Tips dan Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tips dan Tutorial. Show all posts

Winter Black & White

| Sunday, February 21, 2010

Some may say that black and white winter photography is way too easy, but it'll surely make the photos more interesting, at least for me. For the photos below I de-saturated the colours and applied RGB S-shaped curve in Photoshop.







"like the four seasons, they pass away to return once more" - Sun Tzu (The Art of War)

Today’s temperature was 3 degree Celsius. Maybe it’s already time for me to say 'proshai' Russian winter.heh!

Winter Photography

| Thursday, February 4, 2010

Satu cabaran untuk menangkap gambar salji adalah untuk menampakkan salji itu putih, seputih salju sedingin rindu bak kata cikgu BM aku cik Sopiah. Masalah ini timbul kerana salji-salji yang putih pada mata kita itu reflect cahaya. Jadi kamera kita membuat kesimpulan bahawa persekitaran dah terlampau cerah. Lalu, tanpa disuruh, kamera akan meter atau set supaya gambar yang akan diambil menjadi gelap sedikit. Kesannya, warna salji menjadi kekelabuan.




Untuk hadapi masalah ni, naikkan exposure compensation, supaya sedikit over-exposed dan secara langsung menjadikan salji menunjukkan warnanya yang sebenar. Pada gambar-gambar di atas, aku telah naikkan EV kepada +3. Jika dilihat, masih tidak cukup putih lagi. Sepatutnya aku naikkan lagi EV dan gunakan ISO yang lebih rendah. Ya, ISO rendah juga sangat disarankan supaya camera dapat expose salji dengan betul.

Disamping itu, cuba gunakan Center-weighted atau Spot Metering. Untuk mengelakkan salji menjadi biru dan lain-lain, rajin-rajin bermain dengan WB setting. Ada yang kata elok guna Cloudy WB.

Akhir kata, jika kena caranya, gambar akan jadi cantik tak kiralah kau guna camera apa pun, walaupun aku tidak nafikan yang memiliki DLSR merupakan satu bonus. 2 gambar terakhir di atas diambil hanya menggunakan Canon A590IS, sebuah compact camera sahaja.

Boucing Flash

| Wednesday, February 3, 2010

Antara kelebihan penggunaan flashgun adalah ia mempunyai kepala (head) yang boleh diubah-ubah arahnya. Cahaya dapat dipantulkan (bounce off) ke dinding atau siling untuk memberi kesan pencahayaan yang lebih lembut.

Untuk tunjuk perbezaan direct flash dengan bounce, aku gunakan seekor model yang agak nakal dan seksi. Ya, seekor. Memperkenalkan, Sonic si kucing Siberia.
Direct Flash
Apabila mode Auto digunakan, secara automatik build in flash akan pop up dan shutter speed disetkan kepada 1/60s. Seperti yang dapat dilihat gambar kelihatan agak dull dengan cahaya yang agak harsh.

Cuba perhatikan perbezaannya dengan direct flash seperti gambar di bawah:
Bounced Flash
Pada gambar diatas, cahaya telah dipantulkan ke siling di atas model kita. Seperti yang dapat dilihat, pencahayaan adalah lebih lembut dan lagi sedap mata memandang.

NB! warna cahaya yang dipantulkan dipengaruhi oleh warna dinding atau siling.

Sekian dulu untuk kali ini. InsyaAllah jika berkesempatan aku akan cerita pasal teknik-teknik lain pula